RSS

Wednesday, October 12, 2011

MOTIVASI

MOTIVASI?
           Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan daripada kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses penghasilan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan. Dalam satu-satu kelompok kumpulan,motivasi menjadi penggerak kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi,maka wujudlah kerjasama,sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain.
         Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru dan murid memerlukan motiivasi untuk menggerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian, motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dan diberi ganjaran dan suatu status yang baik. Ekoran daripada itu,mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan,rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi.
         Pada masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada peljar-pelajarnya. Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencaai kecemerlangan akadeik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi.

BIDANG KUASA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Monday, October 10, 2011

Visi dan Misi SMK Bukit Merchu

VISI SMKBUKIT MERCHU KUALA KANGSAR

Menjadikan SMK Bukit Merchu Organisasi yang unggul dalam bidang akademik, kokurikulum dan imej sekolah menjelang 2015.
 


                            MISI SMK BUKIT MERCHU KUALA KANGSAR

  1. Memantapkan kepimpinan instruksional dan transformasional dalam organisasi.
  2. Menjana warga pendidik yang berketerampilan, berkualiti dan berinovasi.
  3. Menjadikan headcount sebagai teras utama dalam pengurusan semua bidang.
  4. Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara holistik serta memanfaatkan dapatan.
  5. Memperkasakan pelaksanaan program-program kecemerlangan sekolah.
  6. Mengembangkan jalinan dan jaringan kerjasama peringkat kebnagsaan dan pengantarabangsaan dalammelahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berakhlak dan berdaya saing.
 
                                                                SLOGAN SEKOLAH

MERCHUAN SENTIASA DI MERCU KECEMERLANGAN


VISI DAN MISI UBK

VISI SEKOLAH

Mewujudkan iklim pendidik  yang kondusif, teraputik dan efektif dari segi aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajaran SMK Bukit Merchu dan peningkatan imej sekolah amnya.

MISI SEKOLAH

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan konsep kendiri positif di kalangan pelajar melalui perkhidmatan dan bimbingan kaunseling yang berkesan, kena pada tempatnya, beramanah dan bersungguh-sungguh berteraskan aspirasi pendidikan negara. 

Matlamat Pendidikan

    • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
    • Melahirkan insan yang berilmu,beriman,berakhlak mulia,berketrampilan dan sejahtera.
    • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan Negara.
    • Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Sunday, October 9, 2011

Visi & Misi

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi, jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Blog ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


6 TERAS STRATEGIK
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

  • Membina negara bangsa
  • Membangunkan modal insan
  • Memperkasakan sekolah kebangsaan
  • Merapatkan jurang pendidikan
  • Memertabatkan profesion keguruan
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Pengenalan Kaunseling

Assalammualaikum...terima kasih kami ucapkan kepada semua pembaca kerana sudi melawati laman blog unit bimbingan kaunseling.Disini kami ingin menerangkan mengenai unit bimbingan kaunseling yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu.Pertama,kami ingin memberitahu dan memjelaskan tentang LATAR BELAKANG UNIT BIBMBINGAN KAUNSELING