LATAR BELAKANG
Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara.Justeru itu,peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merialisasikan hasrat tersebut.
Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program yang lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik,kerjaya,psikosial dan kesejahteraan mental,keibubapaan,pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid.
Blog ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme,kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini.Adalah diharapkan blog ini dapat memberi panduan dalam membantu menjalankan tugas-tugas seharian sebagai guru kaunseling yang efektif.
No comments:
Post a Comment